Blog Post

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
02/01/2019 By
DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Yuran.my menitikberatkan perlindungan data peribadi pengguna. Dasar privasi ini disediakan untuk mejelaskan cara kami mengumpul, memproses, mengurus dan melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010.

Data peribadi tersebut termasuk, tetapi tidak terhad pada maklumat berkenaan dengan nama; umur; nombor kad pengenalan; alamat; e-mel; jantina; tarikh lahir; maklumat perhubungan seperti telefon, telefon bimbit dan nombor faksimili; bangsa, warganegara; gambar-gambar atau imej-imej dan lain-lain yang mungkin tertakluk pada perlindungan data yang berkenaan dan undang-undang lain yang seumpamanya.Senarai data peribadi yang dinyatakan di atas adalah tidak menyeluruh dan mungkin termasuk data peribadi lain bergantung pada jenis urus niaga atau transaksi.

A. PENGUMPULAN DATA PERIBADI ANDA

Maklumat peribadi diperolehi semasa anda (i) mengisi borang permohonan syarikat, (ii) memasukkan maklumat pelajar, ibubapa dan pengajar, membuat bayaran melalui platform atas talian kami, (iii) mengambil bahagian dalam acara-acara syarikat, (iv) membalas bahan-bahan pemasaran atau promosi, atau (v) menghantar pertanyaan atau maklum balas tentang produk atau perkhidmatan syarikat. Maklumat peribadi anda diperlukan, tetapi tidak terhad pada tujuan yang berikut:

  • untuk memberikan produk atau perkhidmatan yang relevan
  • kepada anda;untuk pemasaran produk dan perkhidmatan selepas jualan;
  • untuk menghantar bahan promosi dan/atau bahan pengiklanan kepada anda;
  • untuk menjalankan analisis statistik bagi penyelidikan dan pembangunan produk dan perkhidmatan;
  • untuk tujuan pentadbiran, termasuk urusan bil, pembayaran dan pemungutan hutang;
  • untuk membuat pendedahan yang relevan namun mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang diguna pakai.

B. PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Maklumat peribadi anda dirahsiakan, namun mungkin akan didedahkan atau dipindahkan sama ada dalam Malaysia atau di luar negara, kepada syarikat bersekutu, rakan kongsi, pihak ketiga dan kontraktor atau ejen masing-masing bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam (A) di atas.

C. KESELAMATAN MAKLUMAT PERIBADI

Kami akan memastikan maklumat peribadi anda yang disimpan oleh Yuran.my dan/atau anak-anak syarikatnya dilindungi daripada sebarang kehilangan/kerugian, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan, atau kemusnahan.

D. HAK UNTUK MENGAKSES DATA PERIBADI ANDA

Anda mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan, atau menukarkan data peribadi anda yang ada pada Yuran.my dengan mengakses data melalui sistem atau menulis surat kepada kami di alamat seperti yang tertera di bawah ini.
VHA Cognitive (M) Sdn Bhd

E-mel: [email protected] Tel: 03-7831 2348

Setelah disahkan identiti, anda boleh:

  • memohon untuk mendapatkan maklumat tentang data peribadi anda
  • memohon untuk membetulkan atau mengemaskinikan data peribadi anda
  • mengehadkan atau menghentikan pemprosesan data peribadi anda
    tertakluk pada batasan undang-undang yang digunakan, syarat-syarat kontraktual, dan tempoh masa yang munasabah.

Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan cara kami memproseskan data peribadi anda seperti yang dinyatakan di atas.

E. PEMINDAAN DASAR

Sekiranya ada keperluan dasar ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa. Dasar yang dipinda akan dimuat naik ke laman web kami: www.yuran.my

0 Comment