Blog Post

Versi 1.0.1 Selamat dikemaskini
01/09/2018 By

Tim yuran.my telah berjaya membuat penyelenggaraan dan peningkatan sistem cloud yuran.my kepada versi terkini iaitu versi 1.0.1 pada hari raya Korban yang baru ini.

Antara perubahan besar yang telah dilakukan ialah

  1. Meningkatkan Kapasiti Server Cloud kami dengan tambahan Storage dan Sistem Operasi versi terkini
  2. Meningkatkan keselamatan sistem dengan menggunakan Secure Socket Layer (SSL). Hasil dari proses ini kita akan dapat melihat bar hijau berserta gambar kunci di bahagian atas browser sama seperti laman web Maybank2u atau mana-mana bank internet
  3. Modul pendaftaran pelajar dimana skrin pendaftaran disepadukan dengan beberapa kaedah selain penambahan beberapa maklumat baru. Pendaftaran menjadi lebih mudah dengan hanya satu skrin sahaja untuk memasukkan data.
  4. Modul Invois merupakan penambahbaikan dari modul bayaran. Kini kita mempunyai dua pilihan samada untuk menggunakan modul bayaran yang lama atau menggunakan kaedah invois yg boleh diemail dan diakses pada bila-bila masa
  5. Lain-lain penambahbaikan dan penyelenggaraan adalah untuk meningkatkan kualiti sistem dan memberi kemudahan akses kepada pengguna

Terima kasih di atas sokongan dan dokongan dari semua pengguna Yuran.MY

Untuk makluman lanjut, sila rujuk ke dokumen kami di …. https://yuran.freshdesk.com/support/solutions/articles/36000077140-yuran-my-1-0-1-final-new-update-maintenance-releaset

0 Comment